Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Pada entri yang lepas, saya telah kongsi kan kepada korang tentang adab minum. Justeru itu, tidak lengkap lah jika tanpa makan. 

Oleh itu, saya akan kongsikan Adab makan yang terbahagi kepada empat :
  1. Adab sebelum makan
  2. Adab ketika makan
  3. Amalan sesudah makan
  4. Adab makan berjemaah 

    ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

 1. Adab sebelum makan

* Makanan itu mestilah daripada bahan yang halal dan cara mendapatkannya
  juga harus secara halal.   

* Tidak boleh diusahakan dengan cara yang dilarang dalam syariat, ataupun
   dengan cara menurutkan hawa nafsu ataupun penipuan.

* Hendaklah sentiasa reda dengan makanan yang terhidang di hadapan, yakni 
   rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.



2. Adab ketika makan 

* Hendaklah memulakan dengan membaca Basmalah sebelum menyuap
   makanan, dan apabila selesai makan, hendaklah mengucapkan Alhamdulilah

* Hendaklah sentiasa menggunakan tangan kanan semasa mengambil 
   Hidangan. 

* Hendaklah sedaya upaya mengecilkan suapan ketika makan. 

* Hendaklah mengunyah makanan yang dimakan itu sehingga lumat. 
   Seelok-eloknya 40 kunyahan.

* Selagi makan itu belum ditelan, janganlah pula mengambil makanan yang 
   lain. Itu dikira gelojoh.

3. Amalan sesudah makan.

* Hendaklah berhenti makan sebelum berasa terlalu kenyang

* Membasuh tangan dan kemudian membersihkan makan-makanan yang 
   terselit di celah-celah gigi.

* Sesudah makan hendaklah bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati 
   terhadap makanan yang telah disediakan.

Bersambung....