Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Alhamdulilah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk saya menulis entry entah yang ke berapa kali ini. 

Hari ini saya akan kongsikan cara-cara membuat muffin vanilla yang mudah. 

Minat saya memasak lebih menjurus ke arah membuat biskut, kek dan kuih.Minat tersebut sendiri lahir apabila selalu melihat mak membuat biskut raya ketika menjelang hari raya aidilfitri ataupun aidiladha.

Sehingga sekarang menjelang je raya pasti akan tersedia pelbagai jenis biskut buatan sendiri. 


Cara-cara membuat muffin vanilla...


Bahan-bahan...



8 Sudu besar mentega (dicairkan)

4 Cawan tepung
2 Cawan gula

2 Cawan susu segar
4 Sudu besar serbuk penaik(baking powder)

1 Sudu kecil garam
2 Biji Telur
1 Sudu besar esen vanilla

Cara-cara membuat...


1.Pukul gula dan telur terlebih dahulu.

2.Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan pukul sehingga sebati
3.Isikan adunan yang siap dipukul tadi dengan anggaran 3/4 ke dalam bekas muffin.Amaran!! jangan isikan 

   adunan terlalu penuh untuk mengelakkan muffin terkeluar sewaktu dibakar.
4.Bakar pada suhu 180ºC selama 25 hingga 30 minit.





Comel tak?? hehehe jika mahu boleh letak kan krim di atasnya..mengikut kehendak anda..


Mak sedang menilai hasil kerja anaknya hehe..


hahaha gemok la sapa yang makan ni..terlalu banyak krim di letakkan..